Program Susu Sekolah (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS)

Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin yang berpendapatan isi keluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.

Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita.

PSS juga merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.

 

Program ini mengandungi dua skim iaitu:

Skim Susu Bayaran – melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
Skim Susu Percuma – melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk persendirian atau sukarela.

 

Objektif Program:

  1. Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam Skim Susu Bayaran
  2. Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu Percuma
  3. Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan Malaysia.
  4. Mengurangkan perbelanjaan sector awam melalui penglibatan agensi sector swasta.
  5. Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek pelajaran.
  6. Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.

******************************************************************************************

Susu 1 Malaysia

Susu mempunyai kalsium yang sangat tinggi untuk membantu memulihkan kekuatan tulang.

 

Program Susu 1Malaysia yang akan dinikmati  lebih tiga juta pelajar sekolah rendah di 7,685 sekolah rendah kerajaan seluruh negara adalah sebahagian hasrat kerajaan untuk membina generasi baru yang lebih cerdas. Pelaksanaan program di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran itu, bukan setakat memperkenalkan program Susu 1Malaysia malah bermatlamat untuk mewujudkan generasi muda Malaysia yang kuat, sihat dan secara mentalnya lebih dinamik pada masa depan. Ia juga memberi kesan dan manfaat besar sekiranya setiap pelajar sekolah rendah dapat dididik untuk membiasakan diri meminum susu setiap hari.

Dengan menggunakan peruntukan sebanyak RM4 juta, bekalan susu 1Malaysia diperoleh daripada penternak susu di Sabah. Ini kerana Sabah menjadi pusat pengeluaran susu yang tinggi. Justeru, pada masa yang sama kerajaan telah  membantu pengusaha dan penternak di Sabah memperoleh pendapatan lebih tinggi di samping dapat menentukan bahawa anak-anak kita dapat protien dan kalsium yang mencukupi.

 

Program Guru Penyayang

Tujuan Guru Penyayang

Pelaksanaan Guru Penyayang adalah bertujuan agar guru mengamal dan membudayakan sikap kasih sayang di sekolah.

 

Konsep Guru Penyayang

Penyayang membawa maksud perbuatan atau perlakuan menyayangi, mengasihi,  dan bersifat belas kasihan serta menghormati orang lain. Ini bermakna Guru Penyayang adalah seorang yang memiliki sifat kepedulian (concern) terhadap setiap perkara yang berkaitan dengan muridnya (every child matters) dengan cara mengamalkan nilai kasih sayang, bersikap mesra,  mengambil berat, berbudi bahasa, saling menghormati, sentiasa ceria, prihatin dan sabar.

Guru penyayang menjiwai bahawa murid mereka merupakan aset penting yang perlu diberi perhatian, dijaga, dibimbing, dihargai kewujudannya dan  disayangi setiap masa.

Membudayakan amalan penyayang merupakan sifat profesional guru dalam perhubungannya dengan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat.

 

Objektif Guru Penyayang

  1. Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru.
  2. Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah.
  3. Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah.
  4. Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah.

 

Aktiviti Guru Penyayang

Pelaksanaan Guru Penyayang hendaklah berterusan serta merupakan budaya guru. Ia akan dilaksanakan berdasarkan pelan jangka pendek dan jangka panjang secara berfasa. Bagi fasa pertama pelaksanaannya, guru-guru hendaklah melaksanakan tiga aktiviti berikut:

  1. Mengalu-alukan kehadiran murid
  2. Pelaksanaan Program Mentor Mentee
  3. Memberi penghargaan kepada murid

Program 3K (Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan)

Program 3K (Keselamatan, Kesihatan Dan Keceriaan)

Program 3K dimulakan pada tahun 1991, bertujuan memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani sebarang isi berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah. Selepas 13 tahun perlaksanaannya, mulai tahun 2004, program ini tampil dengan konsep baru yang menggabungkan tiga program berasingan menjadi satu program sahaja yang dikenali sebagai Insiatif Meningkatkan Keselamatan, Kesihatan dan Kecerian Sekolah atau Insiatif 3K meliputi Program Sekolah Selamat, Program Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah. Penyusunan semula program 3K dilakukan untuk mengelakkan pertindihan objektif bagi dua program yang dilaksanakan sebelumnya iaitu Program 3K dan Program Peningkatan Keselamatan Sekolah. Pada tahun itu didapati sebanyak 90 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara menyertainya berbanding 30 sekolah pada tahun sebelumnya.

Program Peningkatan Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan Alam Sekitar Sekolah (3K) member peluang kepada mana-mana sekolah yang terpilih merasai hakikat bahawa keceriaan itu sememangnya ada dalam pendidikan. Tanpa mengira dalaman mahu pun luaran, program 3K dilihat mampu menyerlahkan keceriaan sesebuah sekolah yang menyertainya menerusi penekanan kepada meningkatkan tiga aspek utama program tersebut. Sesebuah sekolah yang ‘ceria’ dari pelbagai segi bukan sahaja sedap di pandang mata atau dibanggakan oleh warga masyarakat sekitarnya, malah yang lebih penting ia juga mampu melahirkan pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik.

Program 3K yang dilaksanakan di sekolah bukan sahaja telah berjaya menambahkan keindahan dan keceriaan sekolahnya, malah turut merapatkan hubungan sesama pihak sekolah dan juga dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta masyarakat setempat. Program inisiatif 3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kebersihan Gigi

Kebersihan Gigi

Bimbingan & Kaunseling

Sedang dikemaskini...

Daftar Masuk

Pengumuman

Jam

Kaunter Pelawat

020078
Today
Yesterday
This Week
Last Week
This Month
Last Month
All days
33
53
476
19092
1407
1854
20078

Your IP: 54.204.58.87
Server Time: 2014-08-23 09:26:47

UPSR 2014 Countdown

Courtesy of Go Mylo Countdown